Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,601 / 17.34 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
86 Penyumbang
Kempen Berakhir!
PRIHATIN MUALLAF, PULIHKAN SEMANGAT MEREKA!
Muallaf, iaitu mereka yang berhijrah dari agama lain ke agama Islam, khususnya mereka yang ditarbiyah dan dijaga kebajikan mereka oleh PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP), kini ramai telah terkesan kerana Covid-19 / PKP. Khususnya Muallaf dari kluster B40 pendapatan terendah.
Ada di antara mereka kerja sebagai cleaner di sekolah dengan gaji harian, ramai yang kerja kilang membuat barang bukan "essential" makan ditutup. Ada yang berdikari sendiri dengan membuka gerai dan khidmat katering, bengkel kereta dan lain-lain. Semua mereka ini terkesan, ada yang hingga sewa rumah tertunggak beberapa bulan, bil-bil juga tertunggak dan hilang semangat!
PERKIM BTP sentiasa membantu mereka setiap bulan dengan bantuan makanan. Namun, kini Muallaf bukan sahaja perlukan bantuan makanan, mereka juga perlukan bantuan beli susu untuk anak, pampers, dan sedikit wang tunai untuk membeli keperluan asas lain.
PKP tiada tanda-tanda akan berakhir segera. Dana PERKIM BTP amatlah kecil. Niat murni kami ingin menjaga semangat Muallaf ini supaya terus istiqomah dengan Islam.
Sedikit derma ikhlas anda akan membantu kami terus menyantuni para Muallaf ini.
Kami pun sudah buntu untuk mencari dana, maka dengan izin Allah kami memohon jasa baik dari anda yang amat prihatin.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 05, 2021