Sebahagian dari penerima.
1/8/2021, Darul Fitrah, PERKIM BTP. Alhamdulillah, dengan izin Allah PERKIM BTP telah menyampaikan sumbangan barang dapur seperti beras, bawang, kentang, ikan bilis, ayam dan lain-lain, serta wang tunai sebanyak RM100 - RM150 kepada setiap Muallaf yg terputus pendapatan, tiada kerja atau diberhentikan kerja kerana PKP / Covid-19.
Jumlah penerima adalah 15 orang Muallaf, yang telah memeluk Islam antara baru 3 bulan hingga lebih 5 tahun. Sumbangan anda telah digunakan sepenuhnya untuk membantu 15 orang Muallaf ini.
Sumbangan disampaikan Tn Hj Harun, Naib Pengerusi PERKIM BTP.
PERKIM BTP ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang melalui Sumbangan.com. Kami sentiasa akan selitkan tuan / puan dalam doakan kami, insya Allah.
Terima kasih, Sumbangan.com kerana memberi izin PERKIM BTP membuat rayuan kutipan di sini.
Nota: Penyampaian sumbangan ini adalah dengan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor seperti dikehendaki dalam SOP untuk NGO.