Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, pembinaan tandas dan bilik wuduk surau berjalan, gambar sebelum ibadah Qurban.
Pembinaan tandas ini memerlukan suntikan dana kerana kos keseluruhan sebelum ini RM 34,000 tetapi harga barang binaan terus naik dan naik. Mungkin kos akan menjadi RM 40,000.
Oleh itu, kita perlu segera menyiapkan pembinaan ini untuk mengelakkan kos bertambah.
Ayuh tuan / puan yang dermawan, rebut pelung sedekah jariah.
𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐋𝐀𝐇
(𝐊𝐆 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇)
Didahului dengan alhamdulillah! Fasa 2 iaitu pembinaan tandas dan bilik wuduk berjalan lancar.
Semoga semua penyumbang untuk projek ini dirahmati Allah, diberikan rezeki yang melimpah dan diberikan anugerah sedekah jariah.
Kami masih memerlukan dana untuk menyiapkan Fasa 2. Projek baru 20% siap.
Untuk makluman, Fasa 1 alhamdulillah, 99% siap dan solat berjemaah dan solat Juma’at berjalan di surau ini.
Ayuh ambil peluang raih “saham wakaf”.
Surau ini juga telah mendapat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah untuk melaksanakan Solat Juma'at.
Oleh itu, penduduk Kg Sumbiling Baru dan Kg Mentatap yang majoritinya adalah muallaf tidak lagi perlu pergi jauh ke pekan untuk Solat Juma'at, dan tiada lagi alasan untuk tidak solat Juma'at.
Hanya Allah sahaja mampu memberikan ganjaran pahala jariah kepada anda yang telah dan terus menyokong pembinaan Surau ini di Keningau, Sabah.
Dana masih diperlukan untuk pembinaan bilik mandi jenazah, bilik kelas mengaji, pagar keliling surau dan lain-lain.
Ahamdulillah, kerja-kerja pembinaan tempat wuduk dan tandas berjalan lancar.
Mimbar yang telah ditempah juga telah sampai. Insya Allah akan dipasang serta ditinggikan.
Surau ini juga telah mendapat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah untuk melaksanakan
Pembinaan Fasa 2:
Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan tandas dan bilik wuduk telah bermula.
Terima kasih atas sokongan anda. Fasa 2 ini memerlukan sebanyak RM100,000 untuk menyiapkan tandas, bilik wuduk, bilik mandi jenazah, bilik kelas pengajian, pagar keliling surau dan lain-lain.
Teruskan infaq dan tambah saham akhirat berterusan.

Solat Hari Raya Hari itu khutbah disampaikan tanpa mimbar.
Solat Juma'at yang pertama telah dilaksanakan minggu lepas, juga tanpa mimbar.
Insya Allah, dalam masa terdekat kami tempah mimbar seperti ini.
Terima kasih atas sumbangan anda, projek Fasa 2 iaitu pembinaan tandas, tempat berwuduk, bilik kuliah dan bilik mandi jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sumbangan amat diperlukan.
TERKINI
Alhamdulillah, papan tanda telah naik, surau telah berdaftar dengan JHEAINS (Jabatan Agama Islam Negeri Sabah).
Fasa 2
Pembinaan tandas, bilik wuduk, bilik mandi mayat, pagar dan lain-lain. Masya Allah, masih banyak lagi peluang untuk menambah saham Akhirat.
Ayuh tuan / puan yang dermawan.
Alhamdulillah, sejuk mata memandang setelah Surau al-Falah ini dicat. Tahniah kepada anda semua yang telah membantu kerja-kerja pembinaan surau ini.
Di atas ini adalah pelan pembangunan tandas lelaki dan wanita di surau. Ini adalah Fasa 2.
Sumbangan anda masih diperlukan untuk projek Fasa 2 ini. Surau sudah boleh digunakan untuk Solat namun belum ada tempat berwuduk dan tandas.
Ayuh kita tambah saham akhirat yang berterusan selagi surau ini beroperasi.
PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AL FALAH
(KG SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH)
Tarikh: 22/3/2023
Berita yang baru kami terima. Alhamdulillah, Surau ini sudah bersedia untuk melaksanakan solat berjemaah dan Solat Tarawih bermula hari ini. Kerja-kerja pembinaan seperti koridor, pemangsangan awning, cat bahagian luar, pembinaan tempat wuduk dan lain-lain akan diteruskan sepanjang Ramadhan ini.
Semoga semua penyumbang untuk projek ini dirahmati Allah, diberikan rezeki bertemu Ramadhan dan digandakan pahala serta diberikan anugerah sedekah jariah.
Kami masih memerlukan dana untuk menyiapkan Fasa 1 projek ini (90% siap) dan Fasa 2.
Ayuh ambil peluang Ramadhan ini untuk berwakaf.
PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AL FALAH
(KG SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH)
Tarikh: 20/3/2023
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Alhamdulillah, kerja pembinaan koridor keliling bangunan surau sudah hampir siap.
Selepas ini akan dipasang awning di atas koridor, cat di luar dinding dan memasang mozek.
Insya Allah, Fasa 1 ini akan siap dan surau sedia digunakan di bulan Ramadhan ini, walaupun mungkin awal Ramadhan tidak sempat disiapkan.
Fasa 1 masih memerlukan sedikit lagi dana dan Fasa 2 pula akan bermula selepas Ramadhan nanti iaitu pembinaan tandas, bilik wuduk, bilik pengurusan jenazah, bilik kelas dan sebuah pantry.
Jom menghulurkan sumbangan untuk pembinaan Surau ini dan meraih pahala wakaf / sedekah jariah.
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗟𝗔𝗛
𝐊𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐚𝐮, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
𝗣𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶 @ 𝟏0/3/𝟐𝟎𝟐𝟑
Kerja-kerja memplaster dinding luar juga siap.
Pembinaan koridor tertangguh 3 hari disebabkan hujan.
Kita doakan Allah permudahkan urusan pembinaan Surau ini supaya Ramadhan ini ia mula beroperasi.
Terima kasih atas sumbangan anda semua termasuk dari luar negara.
Dana untuk keseluruhan projek bangunan surau FASA 1 sahaja adalah RM100,000. Kami masih perlukan dana untuk pasang mozek, awning dan mimbar.
Untuk FASA 2 pula ialah pembinaan tandas, tempat wuduk, bilik kuliah, pagar dan lain-lain. RM100,000 lagi anggaran diperlukan.
Berwakaflah / infaq ikhlas ikut kemampuan anda hari ini.
Semoga Allah gantikan setiap wakaf / infaq anda dengan harta yang lebih baik dan barokah.
PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AL FALAH
(KG SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH)
Tarikh: 3/3/2023
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Alhamdulillah, kerja-kerja di dalam surah hampir siap. Tinggal lagi hendak pasang mozek sahaja dan jika ada dana akan dipasang aircond.
Tumpuan selepas ini adalah siapkan memplaster luar dinding surau dan membina koridor serta bumbung untuk koridor dan cat serta tempat wuduk.
Jom menghulurkan sumbangan untuk pembinaan Surau ini dan meraih pahala wakaf / sedekah jariah.
Jangan biarkan pembinaan satu-satunya surau di sini terbengkalai.
𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈: 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐋𝐀𝐇
(𝐊𝐆 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇)
Tarikh: 1/3/2023
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Alhamdulillah, setakat ini pembangunan yang telah siap:
- bangunan surau
- lantai telah disimen
- dinding telah diplaster dan telah dicat
- pendawaian bahagian dalam surau siap
- siling telah dipasang
Pembangunan yang sedang berjalan:
- pemasangan kipas
- plaster dinding luar surau
- pendawaian
Pembangunan akan bermula setelah cukup dana:
- pembinaan koridor keliling surau
- tempat berwuduk
- tandas lelaki dan wanita
- bilik pengurusan jenazah
- sebuah bilik kelas muallaf
- dapur
- pemasangan aircond
Jangan biarkan pembinaan satu-satunya surau di sini terbengkalai.
Semoga Allah terima setiap sumbangan anda untuk projek surau ini dan semoga Allah gantikan dengan harta yang lebih baik dan barokah.
PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AL FALAH
(KG SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH)
Tarikh: 19/2/2023
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Alhamdulillah, kerja-kerja menyimen plaster dinding dalam Surau sedang berjalan lancar. Apabila siap, kerja-kerja memplaster dinding luar surau akan berjalan.
Kerja-kerja pendawaian juga berjalan seiring, antaranya sambungan cable letrik utama ke Surau sedang dilaksanakan.
Sasaran kami, tahun ini lebih 200 muallaf dan asal Islam Kg Sumbiling Baru dan Kg Mentatap akan Solat Fardu dan Solat Tarawih berjemaah di Surau sendiri, tidak lagi perlu keluar dari kampung merentasi jalan yang mencabar untuk Solat di Masjid / Surau berjauhan.
Anda ingin tambah saham akhirat?
Ayuh, peluang wakaf / infaq masih dibuka.
PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AL FALAH
(KG SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH)
Tarikh: 16/2/2023
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Alhamdulillah, kerja-kerja menyimen lantai telah siap, kini kerja memplaster dinding sedang berjalan. Apabila siap kerja-kerja ini, pinti dan tingkap akan dipasang.
Seterusnya, lantai akan dipasang mozek dan juga dipasang syiling. Juga kerja mengecat dan baki kerja wiring dan memasang lampu serta kipas boleh bermula.
Fasa 2 pula adalah melibatkan membina bilik air untuk lelaki dan perempuan, tempat berwuduk dan sebuah bilik kuliah. Juga akan dipasang
Jom menghulurkan sumbangan untuk pembinaan Surau ini dan meraih pahala wakaf / sedekah jariah.
Anggaran dana diperlukan:
Fasa 1: RM20,000
Fasa 2: RM100,000
Jangan biarkan pembinaan satu-satunya surau di sini terbengkalai.
PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU AL FALAH
(KG SUMBILING BARU, KENINGAU, SABAH)
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Alhamdulillah, pasir, simen dan lain-lain bahan telah ditempah dan telah pun diterima. Insya Allah, kerja-kerja membuat lantai dan plaster dinding surau akan dilaksanakan. Setelah kerja-kerja ini siap, barulah akan dipasang mozek untuk lantai, pemasangan pintu dan membuat koridor. Ini semua kerja-kerja Fasa 1.
Fasa 2 pula adalah melibatkan membina bilik air untuk lelaki dan perempuan, tempat berwuduk dan sebuah bilik kuliah.
Jom menghulurkan sumbangan untuk pembinaan Surau ini dan meraih pahala wakaf / sedekah jariah.
Alhamdulillah, setakat ini kerja-kerja wiring berjalan lancar. Pemasangan bingkai untuk tingkap dan sliding door tidak dapat diteruskan sehingga lantai dan dinding disimen.
Setelah lantai dan dinding disimen, lantai juga akan dipasang mozek.
Seterusnya ialah pembinaan tandas lelaki dan wanita serta tempat wuduk.
Juga dirancang pembinaan sebuah bilik kuliah untuk kelas bimbingan dan sebuah bilik pengurusan jenazah.
Projek perlu siap sebelum Ramadhan supaya boleh didirikan Solat Tarawih yang pertama di Surau ini.
Jom menyumbang sekarang.