YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 13, 2022

SUMBANGAN JAMU MAKAN ANAK-ANAK YATIM

RM1,890 / 31.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

95 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Jamu Makan untuk anak-anak yatim miskin. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran oleh Allah SWT.


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya anak-anak yatim memerlukan keperihatinan serta kasih sayang dari kita. Mereka perlu disantuni. Bantuan serta sokongan dari kita semua adalah penting untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi ketika ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika ini. Bantuan dan sumbangan yang disalurkan kepada mereka sudah pasti sangat bermakna untuk mereka.



Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).



Menyedari akan peri pentingnya menyantuni anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyediakan jamuan makan kepada anak-anak yatim di beberapa pusat penjagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Jumlah mereka yang akan diraikan sekitar 50 orang dan sedikit pemberian duit poket.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat jamuan makan ini sebagai usaha menyantuni anak-anak yatim. Semoga sumbangan Tuan/Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT demi melihat anak-anak yatim gembira dan merasakan bahawa diri mereka tidak dipinggir oleh masyarakat.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya”. (HR. Muslim)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat