Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,340 / 23.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
99 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, Pernahkah kita terfikir bahawa kemiskinan telah menjadi penghalang kepada kemajuan pendidikan anak-anak asnaf khususnya untuk lepasan sekolah selepas tingkatan lima. Tanpa kewangan dan bantuan yang mencukupi, sudah pasti minat untuk menyambung pelajaran akan terganggu. Sekiranya anak-anak asnaf ini tidak dibantu, kita khuatir mereka tidak akan ‘kemana’ dengan hanya berbekal sijil SPM tanpa sebarang kemahiran khusus untuk mencari kerja yang mampu membina masa depan yang lebih baik.
Bagi memastikan anak-anak asnaf ini tidak keciciran dalam arus kerjaya yang semakin mencabar hari ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) terpanggil untuk membantu anak-anak asnaf lepasan sekolah untuk menyediakan mereka dengan kursus kemahiran yang diminati dalam jangka masa tertentu bagi persediaan mereka untuk pasaran kerja yang lebih baik dan sekaligus mampu membantu keluarga mereka keluar dari masalah kemiskinan.
Oleh itu, melalui kempen Tabung Infaq Pendidikan YAMM, marilah bersama dengan kami untuk membantu anak-anak asnaf di sekitar Lembah Klang agar usaha murni kita ini mampu mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik. Sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada anak-anak asnaf dari segi bantuan bayaran yuran kursus dan sedikit duit poket sepanjang mereka menjalani kursus kemahiran.
Melalui usaha ini, diharapkan anak-anak asnaf dapat membina kehidupan yang lebih baik apabila memiliki kelulusan kemahiran yang berguna atau demand untuk pasaran kerja. Semoga dengan bantuan yang diberi akan lebih ramai anak-anak asnaf akan mendapat manfaat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Wassalam. Terima kasih.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 03, 2022