Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM2,280 / 45.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
93 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Bantuan Pelajar Tahfiz Anak Yatim Piatu Miskin
Melalui program Infaq Bantuan anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini, sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada penerima dari kalangan Pelajar Tahfiz yang merupakan Anak Yatim Piatu yang Miskin dan memerlukan bantuan di sekitar Lembah Klang dan kawasan lain yang memerlukan. Bantuan yang akan diberi berupa makanan dan keperluan asas harian.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat Pelajar-Pelajar Tahfiz Anak Yatim Piatu Miskin dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
(ARWAH NOOR & RAHIMAH)
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 25, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 25, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2021