Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,205 / 64.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
162 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Wbt, Al-Quran adalah kitab suci dan panduan hidup umat Islam. Mereka yang mengamalkannya akan memperoleh keberkatan hisup di dunia dan akhirat. Membaca Al-Quran sangat dituntut oleh agama. Terlalu banyak kelebihan membaca Al-Quran dan mengamalkannya.
Sesungguhnya di kalangan kita yang terbaik adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." (Hadith riwayat al-Bukhari). Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Katakanlah, Alquran ialah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman.” (Fushshilat 41: 44).
Sebagai menyahut seruan akan kepentingan mempelajari Al-Quran, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) akan menganjurkan kelas belajar Al-Quran iaitu belajar membaca dan tadabbur untuk anak-anak yatim di pusat-pusat jagaan anak yatim persendirian di sekitar Lembah Klang yang akan dipimpin oleh ustaz dan uztazah yang bertauliah.
Oleh itu, melalui program Infaq Bantuan Kelas Bimbingan Al-Quran Untuk Anak Yatim
Ini, sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk membayar saguhati pengajar, pembelian naskhah Al-Quran dan rehal serta jamuan ringan selepas kelas pengajian.
Nabi SAW bersabda: “Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim).
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi manfaat anak-anak yatim agar mereka menjadi insan celik dan cintakan Al-Quran. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 261)
Terima Kasih. Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ABD AZIZ MOKTAR
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 12, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 12, 2022