Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,231 / 20.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
67 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan yang boleh diluahkan oleh skuad kami yang melakukan program ziarah ke beberapa rumah penduduk susah atau miskin di beberapa kawasan di Selangor. Mereka ini ada yang berkerja namun pendapatan yang diperolehi adalah berdasarkan kerja harian. Majoriti mereka berkerja ‘kampung’ iaitu mengharapkan upah kerja yang diperlukan oleh penduduk seperti membersihkan kebun, mengemas belukar, menjaga kubur dan sebagainya. Upah kerja mereka terlalu kecil.
Dalam keadaan ketika ini yang mana harga barangan keperluan harian amat membebankan, golongan susah dan miskin adalah golongan yang amat terkesan. Bagi yang tidak lagi mampu berkerja akibat uzur (tua dan sakit), mereka amat memerlukan bantuan dari keluarga dan jiran-jiran untuk meneruskan kehidupan. Ada yang kesemua anak masih bersekolah, ada yang memiliki bayi kecil dan ada yang menanggung orang tua yang sakit. Kesemua ini memerlukan keprihatinan kita untuk menghulurkan bantuan.
Oleh itu, sebagai rasa simpati terhadap kehidupan mereka ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak masak, tepung gandum, makanan dalam tin dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 50 orang golongan susah dan miskin yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi manfaat golongan yang dibantu. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga ada bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang Muslim daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada Hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang susah, Allah akan mudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seseorang, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selama ia menolong saudaranya.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2022
PUZAINI BINTI MOHD YUNUS
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 01, 2022