Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Aug 09, 2024

RAYUAN TELAGA AIR BORING UNTUK ASNAF

RM20,010 / 100.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

700 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh infaq seikhlas hati untuk membina telaga air boring bagi memudahkan asnaf miskin terpilih mendapat bekalan air bersih. Bukan di luar, tapi dalam negara kita sendiri!


Umum mengetahui, sebahagian kawasan di Kelantan belum ada bekalan air paip yang stabil. Oleh itu, penduduk kawasan tersebut terpaksa bergantung dengan sumber air bawah tanah. Bagi mereka yang ada kemampuan, mereka buat telaga air boring. Bagi asnaf, mereka hanya mampu korek telaga sendiri, yang mana telaganya cetek dan kualiti air kurang baik, serta mudah pula kering ketika musim cuaca panas.



Telaga boring pula lebih selamat, dikorek sekurang-kurangnya 45 kaki dalam, tertutup dari pencemaran. Pam air letrik juga dipasang, maka air boleh dipam ke tangki rumah untuk disalurkan terus ke rumah.



Objektif projek adalah membekalkan air bersih untuk asnaf yang telah dikenal pasti dari kalangan asnaf yang paling kurang mampu. Telaga jenis boring ini lebih selamat dari pencemaran dan lebih baik kualiti air kerana dikorek lebih dalam. Dengan adanya air bersih, keluarga asnaf boleh fokus untuk menyara hidup, tidak menghabiskan wang beli air botol.



Tumpuan Projek


Lokasi projek adalah di Wakaf Bharu dan Bachok, dan di mana ada masalah yang sama di Kelantan. Kami akan menyiapkan 5 lagi telaga boring. Telaga pernah dibina ialah 2, iaitu 1 di Bachok dan 1 di Wakaf Bharu.



Kos Projek


Kos satu telaga boring bergantung kepada ke dalaman yang perlu dikorek, lagi dalam maka lagi mahal. Begitu juga jenis dan jenama pam air. Kos seunit telaga boring adalah sekitar RM1,400 hingga RM1,800. Anda boleh wakaf satu telaga boring atau sebahagiannya, atau infaq dengan seikhlas hati.



Wakaf air adalah antara bentuk sedekah jariah yang terbaik. Daripada Sa’id r.a bahawasannya Sa’ad r.a mendatangi Nabi SAW lalu bertanya,


“Sedekah apa yang paling Engkau sukai.” Jawab Baginda SAW, “Sedekah air.”

(HR. Abu Daud, no. 1679 dan An-Nasai, no. 3694; 3695; Ibnu Majah, no. 3684)


Setiap infaq anda untuk projek ini, tidak kira jumlahnya, akan membantu kami menghampiri sasaran 5 buah telaga boring. Terima kasih pertimbangan anda untuk menyokong projek ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat