Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,650 / 5.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM32,400
88 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah kali ini kita diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang. Tetapi tidak semua insan beruntung seperti kita. Gelandangan adalah golongan yang boleh dikategorikan sebagai fakir miskin di dalam negara kita. Mereka tiada tempat tinggal yang tetap. Mereka mengharapkan badan amal untuk memberi mereka makan kerana mereka tidak mempunyai dapur atau bahan untuk memasak.
Bagi gelandangan ini, menerima sebungkus nasi sudah cukup menjadi nikmat buat mereka. Mereka ini diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kami menyeru kepada anda semua untuk berkongsi rezeki kepada mereka sebagai tanda syukur diberi kenikmatan dan kesempatan beramal di bulan penuh berkah ini Mudah-mudahan setiap rezeki yang dikongsikan mendapat berkat dan redha Allah dan digantikan dengan kebaikan yang berganda-ganda. Kiraan selama satu bulan pada bulan ramadan adalah seperti berikut:
1. Seorang RM12 x 45 orang sehari RM540 sahur
2. Seorang RM12 x 45 orang sehari RM540 berbuka
3. Total kos RM32,400
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no.1746, dan Ahmad 5: 192)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami