Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Tarbiah Al Ummah
Dimulakan pada Oct 09, 2023
RM69,889 / 69.89 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
2428 Penyumbang
54 Baki Hari
Di tanah yang anda wakafkan ini ini mereka akan melangkah dengan zikir, di tanah yang anda wakafkan ini mereka akan berjalan dengan hati yang penuh takwa kerana di usia emas hanya redha dan rahmat Allah yang diperlukan oleh warga emas yang bakal menetap di sini.
Setiap ruang yang dibina pula akan dipenuhi dengan pengajian al Quran, zikirullah, selawat, tazkirah dan segala jenis ilmu demi mendekatkan diri pada Yang Maha Pencipta Allah SWT.
Kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan surau buat aktiviti pondok warga emas. Tanamkan benih pahala anda sekarang!
PERKEMBANGAN TERKINI TAPAK PEMBINAAN SURAU WARGA EMAS
Dengan moto “Penempatan Mencari Redha dan Rahmat Allah SWT”, Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah ingin melaksanakan hasrat pewakaf untuk menjadikan Mauquf tersebut sebagai pusat pengajian Islam dan memberi peluang kepada golongan dewasa dan warga emas untuk menimba ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai bekalan di dunia dan akhirat.
Bagi pembangunan fasa pertama pembinaan Kompleks Pendidikan Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah dimulakan dengan pembinaan surau utama pondok moden warga emas yang berjumlah hampir RM600,000.
Pondok Tahfiz Tarbiah Al Ummah ditubuhkan oleh Ustaz Manolito dan isterinya Ustazah Hasna’ untuk menyediakan sebuah pusat pengajian dewasa dengan kemudahan yang selesa dan kondusif.
Kini peluang anda untuk bersama ustaz dan ustazah sudah dibuka dalam usaha untuk membangunkan Surau yang akan dijadikan tempat utama Kompleks ini mengadakan pengajian.
Seperti yang kita tahu Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Marilah kita bina Rumah Syurga kita dengan bersama membangunkan Rumah Allah di Kompleks Pendidikan Pondok Tahfiz Tarbiah Wal Ummah.
Semoga pembinaan surau pondok untuk Kompleks Pondok Moden Warga Emas Tarbiah Al-Ummah akan dapat disempurnakan melalui sumbangan ikhlas insan-insan dermawan di luar sana, InsyaAllah.
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 019-5723454 (Ustaz Manolito) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat Lot 5090, Batu 20, Batu Kurau, Perak.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami