Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM150 / 0.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
9 Penyumbang
35 Baki Hari
Pada akhir November hingga awal Disember 2025, wilayah Aceh di Indonesia dilanda banjir besar akibat hujan monsun berterusan. Kejadian ini turut menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan berbukit serta kerosakan besar terhadap infrastruktur. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 10 daerah telah mengisytiharkan status darurat, dengan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara.

Antara daerah paling terjejas termasuk Aceh Tamiang, Aceh Utara, Aceh Timur, Langsa, dan Gayo Lues. Banyak rumah hanyut, ditenggelami lumpur atau mengalami kerosakan struktur. Di beberapa lokasi, keadaan digambarkan oleh pemimpin tempatan sebagai “tsunami kedua” kerana kemusnahan yang luas dan tiba-tiba.

Keruntuhan lebih 14 jambatan dan terputusnya 12 laluan utama menjadikan akses ke lokasi bencana sangat mencabar. Bekalan air bersih, makanan, elektrik dan rawatan asas terganggu, menyebabkan risiko kesihatan meningkat terutama dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan ibu bersalin.

Buat masa ini, keperluan kritikal termasuk:
1. Makanan siap makan (Hotmeal)
2. Air minuman (Drinking Water)
3. Tapak perlindungan sementara
4. Kit kebersihan dan kesihatan


Sasaran permulaan: RM 50,000
Dana ini akan digunakan untuk memulakan operasi bantuan kecemasan pada fasa awal. Kini, ribuan keluarga di Aceh masih bergelut untuk meneruskan hidup. Mereka perlukan makanan, air, dan sokongan kita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 09, 2025
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 08, 2025