Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM15,750 / 10.86 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM145,000
530 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setakat ini Iltizam Relief Society telah membina 13 buah telaga air di Sabah, iaitu 12 darinya adalah di pulau-pulau terpencil dan mustahil akan mendapat air paip dari tanah besar. Satu lagi telaga telah dibina di Pitas. Semua 13 telaga air ini sudah membekalkan air bersih kepada penduduk.
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud)
Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang terus mengalir kepada penderma khususnya melalui sumbangan.com ini, seperti air telaga ini mengalir ke rumah-rumah mereka.
Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief akan teruskan projek wakaf telaga air di Sabah. Terkini, kami telah melawat 3 buah kampung di utara Pulau Banggi, hampir sempadan Filipina.
Kampung Bantunan
Kampung Semayan
Kampung Sembumbung
Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Ada negara jiran cuba menuntut Sabah dari kita. Maka inilah masanya kita tunjuk pulau-pulau ini adalah milik siapa. Kalau bukan rakyat Malaysia, siapa yang akan bantu Sabah?
Buah masa ini, kampung-kampung ini berharap air hujan dan air telaga yang mereka korek sendiri. Telaga air yang mereka korek, terdedah kepada pencemaran dan berbahaya. Konsep telaga air Iltizam pula adalah ditutupi, dibina menara air supaya air mudah mengalir ke rumah-rumah penduduk dengan tarikan graviti.
Kos pembinaan amatlah tinggi disebabkan barang binaan perlu dibeli dari tanah besar, disewa bot besar atau kapal untuk diangkut ke Pulau Banggi. Kampung-kampung ini pula air lautnya cetek, oleh itu tidak boleh bot besar ini berlabuh di tepi kampung, perlu kami sewa kenderaan yang sesuai untuk merentas perjalanan 2 jam dari jeti utama di Pulau Banggi, jika cuaca baik. Jika cuaca hujan, perjalan off road akan tergendala, kos akan meningkat kerana kenderaan ini akan disewa mengikut hari.
Pulau-pulau ini tiada harapan akan mendapat air paip, maka telaga air ini akan digunakan lama dan pahala jariah kembali kepada anda. Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada:
1. Penduduk kampung
2. Masjid / surau
3. Sekolah
Setiap projek telaga air kami bina adalah:
1. Sebuah telaga air
2. Menara tangki air
3. Tangki air yang besar
4. Pam air bermotor
5. Pagar di keliling telaga air untuk keselamatan
Sebab itu kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih. Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
CADANGAN PROJEK WAKAF TELAGA AIR KE 16
Surau ini di Pulau Banggi, Sabah, menadah air hujan bagi keperluan air wuduk dan kebersihan.
Kampung di sini juga bergantung dengan air hujan.
Jika tiada hujan untuk beberapa hari, mereka akan menghadapi krisis air.
Mereka memerlukan telaga air yang sempurna, bersih dan selamat.
Mereka telah korek dan bertemu mata air. Tetapi mereka tiada duit untuk membina telaga kerana kos amat tinggi.
Kami menjemput anda untuk menyertai wakaf telaga air ke 16, di Sabah.
Sila klik link di bawah untuk menyertainya, tiada had minimum:
https://sumbangan.com/projekwakaftelagaairsabahiltizam

Alhamdulillah, projek pembinaan telaga air yang ke 13 sudah siap.
Telaga ini dibina di Kg Bantunan, antara kampung paling jauh sekali (2 jam perjalanan) dari jeti.
Telaga dibina lebih kurang 150 kaki dari surau dan tangki dibina bersebelahan surau.
Dari surau ini, penduduk kampung akan tarik air ke rumah masing-masing.
Terima kasih atas wakaf dan sumbangan serta sokongan anda untuk projek air bersih untuk Malaysia.
Anda masih boleh sertai kami dengan menyumbang untuk mewakaf pembinaan telaga air di Sabah.
Telaga ke 14 dan 15 akan kami kongsikan maklumatnya.
Klik di sini untuk menyumbang:
https://sumbangan.com/penganjur/kempen/buletin/rayuan-infaq-telaga-air-sabah
https://youtu.be/tUus58ujXBI?si=a9awPVyPVQW-Hlic
𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐈𝐑 13
[Video Pembinaan Telaga Air Ke 13, Pulau Banggi, Sabah]
Alhamdulillah, projek pembinaan telaga air yang ke 13 sudah siap.
Telaga ini dibina di Kg Bantunan, antara kampung paling jauh sekali (2 jam perjalanan) dari jeti.
Terima kasih atas wakaf dan sumbangan serta sokongan anda untuk projek air bersih untuk Malaysia.
Anda masih boleh sertai kami dengan menyumbang untuk mewakaf pembinaan telaga air di Sabah.
3 lagi telaga air akan dibina di pedalaman atau pulau terpencil di Sabah.
Klik di sini untuk menyumbang:
https://sumbangan.com/penganjur/kempen/buletin/rayuan-infaq-telaga-air-sabah
Alhamdulillah, projek telaga air ke 13 sudah bermula. Kos pembinaan amat tinggi disebabkan perlu beli barang binaan di tanah besar, naik kapal dan turunkan di jeti, lalu diangkut oleh lori dan dihantarkan ke lokasi.
Disebabkan jalan pedalaman, jika hujan maka penghantaran barang oleh lori akan tergendala.
Insya Allah, ganjaran besar menanti kita. Teruskan membantu projek ini.
SARI HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023
NORSALINA BINTI SULAIMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023
NORMASTURA BINTI SULAIMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2023