Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,234 / 6.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
60 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓𝐏𝐇𝐎𝐍𝐄"
Sejak bermula dari PKP 1.0, setakat ini Al-I’tisam telah memberikan bantuan komputer riba (laptop) kepada 18 pelajar IPT B40 dan 8 peranti tablet kepada 8 anak-anak yatim, termasuk 5 anak-anak yatim piatu.
Ada di antara anak-anak B40 ini terpaksa berebut sebuah telefon pintar milik ibu mereka untuk menghadiri sesi PdPR sekolah mereka. Apabila masa PdPR itu bertembung, terpaksalah yang lain ponteng dari menghadiri PdPR.
Melaui projek ACE Fund (Al-I'tisam Children Education Fund), kami ingin terus mengenal pasti dan memberikan bantuan ini kerana ia akan mencorakan masa depan yang lebih baik kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini.
Tanpa sumbangan anda kepada Al-I'tisam, tidaklah kami mampu membantu anak-anak yatim dan B40 yang lain seiring dengan anak-anak lain untuk menyertai PdPR.
Salurkan derma ikhlas anda untuk projek BANTUAN PERANTI kami ini, walaupun RM10!!!
BERITA BAIK!!!
Kini semua derma dan sedekah anda kepada NGO Al-I'tisam untuk aktivitinya di Malaysia adalah layak mendapat pengecualian cukai LHDN di bawah Sub-seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hari ini, 12/7/2021 Al-I'tisam telah menyampaikan 2 buah tablet Lenovo serta sebuah Sim Card Wifi Router untuk kegunaan anak-anak pasangan ini belajar secara PdPR sekolah mereka. Untuk rekod, mereka adalah keluarga yang tinggal di bawah jambatan seperti yang telah dilaporkan oleh media baru-baru ini yang mana kini mereka menumpang di dewan ini di Flat Sri Johor, Kuala Lumpur sehingga MAIWP atau JKM mendapatkan rumah yang tetap.
Semua ini mampu dilakukan kerana adanya dana Al-I'tisam Children Education Fund (ACE Fund) hasil sumbangan orang ramai yang prihatin lagi dermawan. Kami merayu supaya tuan / puan terus membantu kami dengan menyumbang kerana ada lagi anak-anak seperti ini yang ketinggalan pendidikan sekolah mereka kerana tiada peranti atau terpaksa berebut satu peranti.
Al-I'tisam juga telah menyampaikan sedikit barang dapur untuk keluarga ini.
Teluk Intan, Perak. 6 adik beradik ini kehilangan ibu mereka pada Jun 2021 yang lalu. Sebelum itu, 2 tahun yang lalu mereka kehilangan ayah mereka. Ini menjadikan mereka anak-anak yatim piatu, namun mereka enggan berpisah tetap tinggal di rumah arwah ibu. Kakak yang sulung tingkatan 5 tahun ini, mengambil tanggung jawab menjaga adik-adik yang lain, juga dijaga oleh ibu saudara mereka.
Al-I'tisam telah sampaikan sebuah laptop dan 3 buah Tablet Huawei untuk membantu anak-anak ini mengikuti kelas PdPR (online) sekolah mereka masing-masing. Sebelum ini 4 daripada mereka yang bersekolah terpaksa berebut sebuah smartphone arwah ibu mereka.
Semua ini mampu dilakukan kerana adanya dana melalui Al-I'tisam Children Education Fund (ACE Fund) hasil sumbangan orang ramai yang prihatin lagi dermawan.
Seterusnya, kami akan membantu sebuah keluarga yang menjadi viral tinggal di bawah jambatan pula. JKM telah pun mendapatkan rumah untuk mereka, Al-I'tisam bercadang memberi peranti untuk anak-anak mereka mengikuti PdPR.
Ini salah satu bentuk sedekah jariah. Sumbangan anda sangat membantu usaha murni ini.
Ini juga adalah masa depan anak-anak yang kurang bernasib baik ini.
8 orang anak-anak yatim menerima tablet berjenama Huawei untuk PdPR. Alhamdulillah, ini semua dapat dilakukan kerana adanya sumbangan dari anda. Dengan PKP bersambung, ramai lagi memerlukan peranti untuk menyertai PdPR sekolah mereka. Sasaran kami anak-anak yatim dan miskin B40.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 09, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM14.00
Jul 09, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 07, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 06, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 06, 2021