Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
NURUL SYARAFINA BINTI MAT SALLEH
Ya Allah, Kau limpahkanlah rezeki seluas ArasyMu buat keluarga Nurul Syarafina Binti Mat Salleh dan sembuhkanlah ibu Wan Norizan Binti Wan Abdul Ghani dari penyakitnya kerana beliau kini sedang terlantar. Semoga warga Titian Kaseh dipermudahkan segala urusan hedaknya.
2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ampunkan dosa kedua ibubapa dan muslim mukmin. Kurniakan zuriat keturunanku rezeki yg halal dan diredai hgga kiamat.. Masukkan kami dlm syurga tanpa hisab ,merdekakan Palestin, cukupkan keperluan saudara Muslim di seluruh dunia
1 orang mengaminkan doa ini