Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
ZURAIDA HASSAN
Semoga Allah kurniakan nikmat kesihatan yg baik Semoga Allah limpahi rezeki yg banyak yg tak disangka2 Semoga Allah tolong bantu saya lunaskan segala hutang Semoga Allah jemput saya Zuraida Hassan dan Aishah Ahmad dpt menunaikan ibadah umrah pada Disember @ Januari 2026.
0 orang mengaminkan doa ini