Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah urusan kami semua dunia dan akhirat. Lapangkanlah dada kami untuk ke jalan Mu.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kami rezeki yang halal dan berkat, jadikan kami orang beriman yang suka berkongsi rezeki dengan orang lain yang memerlukan, jafiksn ksmi orang yang suka berinfaq kerana Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR

3 tahun yang lepas

YaAllah permudahkan segala urusanku lapangkan lah rezeki ku supaya aku mmpu trus infaq , berkatilah segala rezekiku & pgg la hatiku di jalanMu yaAllah . Jgn lah kau bolak balikkan hatiku . AMIN..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya allah permudahkan urusan aku, berikanlah aku rezeki yang melimpah ruah dan diberkati oleh Mu.. Amiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD IZWAN BIN MOKTAR

3 tahun yang lepas

Ya Allah kuat kuasa umat Islam.... Satukan umat Islam.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semuga arwah isteri ditempatkan dI di syurga

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: