PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah ampun segala dosa2 ku ,jadikan aku orang yg yg sentiasa mengingati dan mengerjakan ibadahmu sehingga akhir hayatku ,hidup dlm iman dn matidlm khusnol khatimah ,permudahkan segala urusanku,limpahi lah rezekiku supaya aku dapat gunakan kejalan kebaikan, Ya Allah ko Ampunkan segala dosa2 arwah ibu dan ayahku ringankan segala azabnya ,permudahkan mereka ke jalan syurgamu. AMIN YARABBAL ALAMI

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MYZARA

2 bulan yang lepas

Ya الله Ya Rabb...kami bersyukur atas setiap nikmat kurniaanmu. Ya الله Ya Haiyu Ya Qaiyum kurniakn rezeki yg banyak lagi dberkati kpd semua pengendali & seluruh penghuni Rumah Nur Ehsan, tenangkn hati & damaikn jiwa mereka dgn Rahmat dari sisi Mu.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FARKHAN BIN NORDIN

2 bulan yang lepas

Doakan saya, isteri Dan anak2 serta ibu ayah saya menjadi penghuni syurga firdaus tanpa hisab. Dapat syafaat Rasulullah SAW. amin

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD ARIF

2 bulan yang lepas

Semoga Allah s.w.t kurniakan kesihatan kpd semua penghuni Rumah Nur Ehsan.. Sedekah untuk isteri yg sakit.. Semoga diberikan kesembuhan oleh Allah s.w.t.. Aminnnn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Tolong doakan anak perempuan saya Aqilah Maizura Binti Dzulkeflee semoga mendapat pekerjaan tetap. Dapat majikan yang bagus, gaji yang bagus.. Terima kasih..

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan urusan, diberkati dan dirahmati.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: