PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Ya Allah,permudah kan lah bantuan dana utk rumah nur ehsan dan rahmati ya allah utk penghuni,pengelola,pekerja2 dan juga penderma dari dunia sampai akhirat..amin ya rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Semoga Allah SWT memberkati pengelola dan warga Rumah Nur Ehsan dan dipermudahkan segala urusan. Mohon doakan saya sihat sentiasa untuk terus menjaga ibu saya yang telah uzur.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

semoga segala urusan dipermudah dan kita semua mendapat rezeki melimpah ruah.. amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAISARAH BINTI AWANG EMBON

13 jam yang lepas

Doakan sy kaya utk sentiasa istiqamah bersedekah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

13 jam yang lepas

Semoga kalian semua penghuni rumah nur ehsan dan jgk penderma, pengelola, pekerja rumah ini di masukkan syurga Firdaus dan dijauhi neraka. Amiinnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

13 jam yang lepas

Ya Allah, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah segala dosa kami yang disengajakan atau tidak, yang nyata mahupun yang tersembunyi. Terimalah taubat kami, lapangkanlah hati kami dengan rahmat-Mu, dan bimbinglah kami di jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi keampunan. Aam

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: