Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Ya Allah, limpahkanlah rahmat, kesihatan, dan ketenangan kepada semua warga emas di rumah kebajikan ini. Permudahkanlah urusan mereka, kuatkanlah hati dan tubuh mereka, dan kurniakanlah kepada mereka hari-hari yang dipenuhi kasih sayang serta ketenteraman. Ya Allah, terimalah sumbangan ini sebagai amal kebaikan, dan berkatilah ia untuk manfaat mereka. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat ibu² yang dduk di rumah nurehsan ni, semoga rumah nurehsan diberkati dan diprmudahkan urusan setiap org yg mnjaga ibu2 ni, doa kan sy dan keluarga dipermudhkan urusan,mnjadi hamba Allah yg lbih baik dan diprmudahkan dalm mncari rzeki buat kami Aamiin Ya Mujib 🤲
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakn sy dan keluarga dapat menunaikan umrah bersama pd tahun 2026. Dan doakn sy membina rumah untuk keluarga sy. Bnyk impian sy untuk tahun 2026. Semoga Allah permudahkn urusan. Dn sy laksanakn impian sy kerana Allah SWT. Doakn ank sy Nur Arina Syafiya berjaya dlm SPM 2025 dan mendapat keputusan semua A untuk semua subjek yg dia ambil. Doakn anak sy dpt hafizah al- Quran jugk. Sy doakn semua jugk
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakn sy dan keluarga dapat menunaikan umrah bersama pd tahun 2026. Dan doakn sy membina rumah untuk keluarga sy. Bnyk impian sy untuk tahun 2026. Semoga Allah permudahkn urusan. Dn sy laksanakn impian sy kerana Allah SWT. Doakn ank sy Nur Arina Syafiya berjaya dlm SPM 2025 dan mendapat keputusan semua A untuk semua subjek yg dia ambil. Doakn anak sy dpt hafizah al- Quran jugk. Sy doakn semua jugk
0 orang mengaminkan doa ini