PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga penghuni sini sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah. Aamin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga kehidupan kita di dunia akan dipermudahkan urusan, mendapat keberkatan rezeki yg halal, sentiasa dirahmati Allah serta dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan kesejahteraan dan kesihatan yg baik utk kami dan semua Muslim

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan saya semoga dapat memberi lebih lagi pada yang memerlukan..Doakan jugak utk arwah abah dan arwah kakak saya HAJI MANAN BIN MAT KILAU dan RAHIMAH BINTI MANAN.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan semoga Allah menyembuhkan semua penyakit yg ada dlm tubuh badan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki dan semoga saya dapat bekerja semula .amin3

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Mudahan Allah berikan ainul husna kekuatan Iman dan sibuk dengan tambahan ilmu di hujung usia nanti. Moga semua ibu2 (warga emas) di pusat sana diberikan Allah husnul khatimah supaya bahagia di akhirat setelah melalui perit dan payah di dunia ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: