PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

semoga Allah permudahkan urusan warga nur ehsan, di beri kesihatan yang baik2, dilimpahkan rezeki, aamin ya rabbal alamin dan doakan juga untuk saya, semoga Allah urusan saya dan murahkan rezeki saya sekeluarga...

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah sampaikan pahala infaq ini kepada kedua dua arwah ibu bapa ku, Hj Nawi bin Mohd Amin dan Hjh Kalthom bt Bakar. Berkati dan rahmatilah semua petugas petugas persatuan kebajikan Nur Ehsan serta semua mereka yang menyumbang dan yang menerima untuk semua aktiviti murni persatuan ini. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dimudahkan segala urusan, diberi kesihatan yg baik kami sekeluarga dan dilancarkan rejeki seperi air zam² yg mengalir tiada hentinya, beroleh rejeki yg berkah dan diredhai Allah SWT.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah permudshkan segala urussn. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FARHAN BIN ZULKIFLI

1 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkan Lah segala urusan kami di Dunia dan Akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah urusan semua warga pengurus rumah ehsan ini dalam mengurus semua warga wanita dirumah ini. Ya Allah, semoga dengan sedikit sedekah menjadi asbab kebaikan buat saya dan keluarga diakhirat kelak

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: