PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Semoga roh ibuku Hasitah Binti Selat ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga ayahandaku Ibrahim Bin Bidin sihat, diberkatidan dimudahkan urusan dunia dan akhirat. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Semoga segala urusan dipermudahkn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah, terimalah sumbangan ini sebagai amal jariah. Kurniakan kesihatan, ketenangan dan rahmat-Mu kepada semua penghuni rumah kebajikan ini. Ya Allah, kurniakan juga kepada saya kesihatan yang baik, hati yang tenang, rezeki yang berkat serta pengakhiran hidup yang Engkau redai. Ampunkan dosa kami dan ibu bapa kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Moga usaha murni sdr dipermudahkn Allah dn peroleh ganjaran pahala berlipat ganda drpNya. Maaf dn doakan saya istiqamah utk menyumbng lebih dimasa akan dtg

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Semoga diampunkan dosa2 ibu2 dan ayah2 ku, diangkat darjat kami sekeluarga di akhirat Permudahkan la urusan ku di dunia dan di akhirat, berikan lah yg terbaik buat ku, suamiku dan anak2 ku, harmonikanlah rumahtanggaku Jadikan lah anak2 ku anak2 yg soleh dan solehah, penuh sifat2 mahmudah Menjadi generasi yang berguna untuk agama, bangsa dan negara Moga kami dikelilingi orang2 yang baik.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD ALIF IMAN

1 hari yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan orang-orang yang menjaga kebajikan orang-orang tua.semoga juga Allah menjaga kebajikan orang-orang tua agar mereka hidup dengan selesa.Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: