PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

EZAAA

1 minggu yang lepas

Semoga sumbangan saya dapat meringankan beban kos dan doakan kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga saya. Doakan arwah ibu saya di masukkan ke dalam syurga dan doakan bapa saya sihat walafiat selalu.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah rahmati lah kami, ampunilah sehala dosa2 kami, serta luaskanlah rezeki kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga Allah merahmati anda semua dan memberi kesihatan yang baik dan doakan saya terus istiqomah menjaga ibu saya dengan baik

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga sumbangan ini dapat diberikan kehidupan yang mewah didunia dan akhirat,diberi kesihatan buat kami dan kedua ibu bapa kami, dipermudahkan segala urusan pihak pusat kebajikan, diberikan kesihatan yang baik utk semua penjaga dan ahli pusat kebajikan..diampuni dosa kami semua, aminnn ya rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

sedekah ini untuk arwah papa saya dan ibu saya yg sedang sakit

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah. Berilah RahmatMu kepada Ibuku. Lanjutkan usianya, Kurniakan kesihatan yang baik untuknya. Lancarkan Rezeki kami agar dapat membantu lebih lagi kepada yang memerlukan.. Amiinnn ya Robbal a'lamin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: