Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Terlalu berat untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan pelbagai dugaan yang berlaku sekarang. Setelah melalui fasa pandemik yang terlalu kritikal. Masyarakat, amat terkesan dengan pelbagai jenis masalah kewangan yang dihadapi. Sehingga ada di antara kita terpaksa mengikat perut dan mengutamakan ahli keluarga lain terlebih dahulu untuk keberlangsungan hidup.
Oleh yang sedemikian, pihak kami amat prihatin dan terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam membantu masyarakat kita yang memerlukan. Kita usaha selagi perlu, kita kongsi selagi mampu. Jom bantu kami untuk bantu mereka. Dana sebanyak RM3,000 amat diperlukan, bagi menjayakan misi Kempen Kongsi ini. Kami amat berharap agar sasaran kempen ini dapat dicapai dalam tempoh 16 hari, agar dapat dilaksanakan apa yang dirancang untuk agihan kongsi rezeki di sekitar kawasan Kuching, Sarawak.
Kami sedia maklum bahawa, golongan muda yang bekerja mengalami masalah pemotongan gaji dan sebagainya disebabkan oleh pandemik yang berlaku. Semoga dengan usaha ini dapat mengurangkan sedikit beban mereka.
Kami berharap, agar semua orang dapat membuat perkongsian/hebahan sebanyak mungkin, agar misi ini berjaya dicapai, dan lebih ramai orang berpeluang untuk melakukan kebaikan bersama-sama.
Terima kasih atas kebaikan insan yang prihatin dan baik hati.
#KempenKongsi
#SahabatAdyanNadzirCare
#KitaBaikRamaiSayang
#UsahaSelagiPerluKongsiSelaluMampu

Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM261.50 dan kempen telah tamat dijalankan.

Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa atas niat dan matlamat yang sama. Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini