Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM540 / 7.71 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dari Zaid bin Khālid Al-Juhani raḍiyallāhu 'anhu- secara marfū', "Siapa yang mempersiapkan bekal untuk orang yang berperang di jalan Allah, maka ia dianggap benar-benar telah (ikut) berperang dan barangsiapa yang mengurus keluarga orang yang berperang di jalan Allah, maka ia dianggap benar-benar telah (ikut) berperang."
Fisabilillah adalah mereka yang berjuang di jalan Allah seperti dakwah, jihad dan sebagainya. Kebiasaanya mereka berdakwah tanpa mengharapkan pahala material. Jika ada, mereka menerimanya dan apabila tidak ada mereka tidak mengeluh. Material boleh dikira dengan perhitungan manusia tetapi jumlah material ini jauh lebih berharga bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dalam berdakwah.
Sesungguhnya berdakwah adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim, tanpa dakwah Islam tidak akan sampai kepada kita. Tanpa dakwah juga Islam tidak akan berkembang seperti yang kita rasakan hari ini. Dakwah tidak perlu melalui mimbar, malah dengan mempamerkan keperibadian yang baik. Ia merupakan antara dakwah yang paling berkesan di samping kaedah dakwah yang lain.
Kebiasaannya kita dapati kewujudan Fisabilillah di pelbagai kampung terpencil yang masih mengajar ilmu agama kepada masyarakat dan anak-anak secara tradisional tanpa mengharapkan balasan. Keadaan sebegitu pastinya membuatkan kita tertanya-tanya dari mana Fisabilillah memenuhi keperluan hidup untuk diri dan keluarga jika begitu. Kita semua insyaAllah maklum bahawa tradisi sedekah beras kepada Fisabilillah masih terpakai. Di sinilah mereka bertahan dan tidak sedikit dari mereka yang bercucuk tanam di sawah dan kebun. Ada yang berniaga dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, tugas dakwahnya adalah keutamaan.
Kita sebagai umat Islam sejak lahir seharusnya berterima kasih kepada mereka yang telah mengajar kita ilmu-ilmu agama kepada anak-anak kita agar kita dapat mengenal agama Islam.
Ayuh bina keprihatinan kita terhadap Fisabilillah dengan sedekah terbaik untuk memperkasakan ekonomi mereka dan keluarga. Dana yang terkumpul nanti akan digunakan untuk merealisasikan dan bantuan program serta modal perniagaan Fisabilillah yang berniaga, menanam tanaman atau sebagainya. Selain itu, dana tersebut digunakan untuk operasi dan pembangunan Institusi Pendidikan Islam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 02, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 02, 2022