Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM5,927 / 118.54 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
290 Penyumbang
Kempen Berjaya
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)
Kami mengajak para penderma yang budiman untuk turut serta bersama menyalurkan sumbangan kepada warga tua di kampung ini. Keutamaan pek makanan akan diberikan kepada warga tua/yang sakit, sementara sedekah daging korban diagihkan kepada asnaf, fakir miskin.
Lokasi : Kg.Ampil,Wilayah Cham, Kemboja
Jenis Bantuan : Daging Korban & Pek Makanan Kering
Bilangan Keluarga : 100 keluarga
Di himpit kemiskinan, mereka menikmati juadah daging hanya setahun sekali, itupun jika ada yang sudi menderma kepada mereka.
Latar
Kg.Ampil
Anak-anak kampung ini hanya mempelajari kelas agama yang dibuat khas oleh ustaz-ustaz kampung. Kekurangan pendidikan dan peluang pekerjaan menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan seperti di Malaysia dan Thailand. Penghijrahan ini mengambil tempoh bertahun untuk kembali ke Kemboja. Hanya kiriman wang sahaja di hantar kepada ibu-bapa di Kampung.
Namun, dalam kedaan pandemik Covid-19 yang mengancam dunia hari ini. Pekerjaan anak-anak Kemboja yang berhijrah ke Malaysia dan Thailand turut terjejas. Ada di antara mereka yang diberhentikan kerja dan tidak kurang juga yang gajinya di potong. Dalam keadaan situasi pandemik ini kebanyakkan majikan berdepan dengan masalah kewangan dan terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan syarikat mereka. Kehilangan pekerjaan ini menambahkan lagi kesukaran hidup mereka dalam mecari rezeki bagi menyara hidup di kampung Kemboja.
Kini tidak lagi seperti kebiasaanya pada setiap bulan akan menerima kiriman wang dari anak-anak yang bekerja di luar negara. Ketiadaan sumber pendapatan ibu bapa di kampung telah menyekat mereka untuk membeli sumber makanan. Makanan hanya mendapat ihsan dari jiran tetangga yang juga terhad pendapatannya. Mereka hanya memberi apa yang ada daripada melihat warga emas terus berlapar. Tiada saluran bantuan yang dapat menyelesaikan masalah mereka ini di Kemboja.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 18, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 18, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 18, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 18, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 18, 2021