Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jul 12, 2022
RM430 / 8.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum para penyumbang di sumbangan.com. Ayuh bantu nelayan yang memerlukan bantuan di Johor. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barangan makanan asas semakin meningkat seolah-olah tiada kawalan yang dikenakan. Akibatnya, golongan rakyat biasa yang mempunyai pendapatan sekadar cukup makan yang terkesan akibat kenaikan harga barang ini. Justeru itu, Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor terpanggil untuk membantu golongan nelayan sekitar Batu Pahat yang terjejas akibat inflasi yang dirasai.
Namun, kami merasakan bantuan one off makanan hanya dapat membantu sekali sahaja. Maka dengan ini, pihak pertubuhan merasakan bahawa bantuan peralatan nelayan adalah lebih baik kerana ianya akan dapat membantu nelayan menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat menyara kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Kumpulan sasaran kami adalah nelayan pesisir pantai sekitar Batu Pahat, Johor. Peningkatan produktiviti nelayan-nelayan ini juga akan membantu kenaikan dalam rantaian bekalan makanan kita.
Pahala yang berterusan dari sedekah kita akan terus mengalir dalam setiap aktiviti nelayan dan seterusnya kepada pembeli yang membeli dan turun-temurun kepada generasi kita. Insya-Allah setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat ganjaran pahala Allah SWT.
Firman Allah SWT:
“Siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan". (Surah Al-Baqarah ayat 245)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 14, 2022