Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Oct 20, 2022
RM195 / 3.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Kenaikan harga kos barangan semasa di negara kita semakin lama semakin membebankan rakyat. Amat membimbangkan sehingga menjejaskan operasi perjalanan madrasah, tahfiz mahupun Sekolah Rendah Islam di negara kita. Kos operasi yang terlibat akan meningkat naik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran, pengajaran dan aktiviti institusi terbabit.
Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan Johor terpanggil untuk membantu institusi-institusi yang terbabit bagi meringankan bebanan kepada mereka. Kos operasi ini antaranya termasuklah:
1. Alatulis
2. Bahan bacaan
3. Utiliti
4. Aktiviti
Dengan membantu madrasah, tahfiz ataupun Sekolah Rendah Islam ini maka kita sebagai umat Islam dapat membantu kelancaran bagi melahirkan generasi anak-anak Islam yang berakhlak mukmin sejati yang dapat mempertahankan dan menyuburkan roh Islam di bumi ini. Menyumbang walau RM10 pun akan dapat memberikan pahala yang berterusan selagi sedekah kita mengalir di setiap anak-anak ini. Sesungguhnya memudahkan institusi ini membolehkan melahirkan dan mengembangkan syiar Islam. Kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program ini.
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
( Ali Imran : 92)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 21, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2022